Wednesday, March 11, 2009

Apakah itu perayaan????





Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

Kami akan mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara ini iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai keunikan dalam menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi penjelasan secara lebih terperinci,khasnya kepada pengunjung blog kami,pihak kami telah menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi setiap perayaan yang disambut oleh ketiga-tiga kaum tersebut.

Kesemua perayaan di Malaysia disambut bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama.Hal ini kerana wujudnya kesefahaman dan perpaduan yang utuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Sebelum kami pergi jauh kami perkenalkan diri kami

Mohd Adham bin Che Abdullah
Mohd Firdaus Bin Shaffudin
Mohd Norhafizan Bin Ibrahim
Muhammad Nurzami Bin Ab Sota
Muhammad Azlan Bin Zabaniah
Law Xue Ni
Nur Izzati
Bagavathi
Lim Sing Wee

Setiap ahli kumpulan akan menyumbang bahan-bahan dan akan dikumpulkan dalam blog ini